Detik Yang Berbaki

Kiraan detik yang berbaki

Tetap menjadi satu misteri

Kadang bertanya pada diri

Apakah masih peluang diberi

Senja usia tidak terasa

Seperti tenggelam sang suria

Sedang masih bergelak ketawa

Perlahan siang meninggalkan kita

Semoga cukup bekalan kita

Sebelum melangkah ke sana

Rindu pada yang tiada

Doakan sahaja untuk mereka

200220